PUTRAJAYA - Bakal jemaah haji Malaysia tahun ini akan diberi keutamaan dalam pemberian vaksin Covid-19, apabila kerajaan Arab Saudi menetapkannya sebagai syarat wajib, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.
Bercakap dalam sidang media mengenai perkembangan program imunisasi Covid-19 di sini pada Isnin Khairy berkata, Tabung Haji akan mengemukakan senarai jemaah haji mengikut jadual setelah mendapat keputusan rasmi daripada kerajaan Arab Saudi.