Wanita UMNO serah kepada presiden, MT demi parti

Iklan
Noraini Ahmad

KUALA LUMPUR - Wanita UMNO menaruh kepercayaan kepada Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Majlis Tertinggi untuk membuat keputusan politik demi memastikan UMNO kembali menjadi pilihan rakyat dan pengundi pada pilihan raya umum kelak.

Ketuanya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, Wanita UMNO sebagai tulang belakang parti akan sentiasa memberikan seluruh komitmen terhadap perjuangan agama, bangsa dan rakyat.

Iklan
Iklan

"Wanita UMNO akur dengan segala keputusan yang dibuat dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 dan Majlis Tertinggi UMNO yang memutuskan untuk bertanding atas logo Barisan Nasional (BN) dan tidak bersama DAP, PKR dan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Semalam, usul menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu yang menerajui kerajaan Perikatan Nasional pada PRU15 dipersetujui sebulat suara perwakilan yang menghadiri perhimpunan agung parti yang berakhir semalam.

Iklan
Iklan

Semasa menyampaikan ucapan dasar presiden, Ahmad Zahid berkata bahawa BN yang ditunjangi oleh UMNO akan menghadapi PRU15 secara bersendirian. -Bernama