Seludup beras

Iklan

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Supt Rizal Mohamed, (kiri) melihat sebahagian 26 tan beras tidak bercukai yang dirampas dalam Op Kontraban yang dipercayai diseludup masuk dari India untuk pasaran tempatan pada sidang akhbar di Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) di Taman Perindustrian Bandar Sultan Suleiman, hari ini.

Dalam operasi tersebut pihak polis berjaya menahan dua lelaki warga tempatan berumur 37 tahun dan 38 tahun, serta seorang lelaki warganegara India berumur 26 tahun.

Iklan
Iklan

Turut hadir Ketua Pencegahan dan Pemantauan BERNAS, Datuk Muhamad Shahril Adzmin (dua, kiri) dan Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Selangor, Mohd Ashik Abdul Rahman (kanan). - Foto Bernama