Bersatu Sabah sambut baik kenyataan Bung Moktar

Iklan
Bung Moktar Radin

KOTA KINABALU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah menyambut baik kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang membuat ketetapan UMNO Sabah kekal pendirian untuk bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) demi pembangunan walaupun UMNO pusat berhasrat bergerak bersendirian pada Pilihan Raya Umum Ke-15.

Ketua Penerangan Bersatu Sabah, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, fokus utama kerajaan GRS kini adalah memastikan segala perancangan untuk pembangunan negeri dan rakyat dapat disegerakan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, Bersatu Sabah yakin kemajuan dimahukan Sabah dapat dicapai di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, dibantu Timbalan Ketua Menteri I, Bung Moktar.

"Hubungan antara parti yang lain di bawah payung GRS akan sentiasa dipelihara keharmonian agar fokus utama kerajaan untuk mentadbir negeri dapat berjalan dengan lancar serta efektif," katanya menerusi kenyataan di sini pada Isnin.

Iklan

GRS terdiri daripada parti komponen Perikatan Nasional (Bersatu, Parti Solidariti Tanah Airku, Parti Progresif Sabah dan Pas); Barisan Nasional (UMNO, Parti Bersatu Rakyat Sabah, MCA, MIC); dan Parti Bersatu Sabah (PBS). - Bernama

Iklan