Luqman Hakim lulus ujian awal

Iklan
Luqman Hakim

KEMPEN Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 yang akan berlangsung pada Jun ini berkemungkinan bakal menyaksikan penampilan pertama bintang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin bersama skuad Harimau Malaya.

Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe memberikan gambaran itu apabila beliau sedia memanggil semula Luqman Hakim pada kem latihan pusat pada Mei ini, sekali gus menyerap pemain berusia 19 tahun itu dalam pasukan senior kebangsaan.

Iklan
Iklan

"Memang namanya ada dalam perancangan skuad kebangsaan kita. Apabila Luqman kembali ke kelabnya, kita akan memantau dan lihat prestasi dia. Kemungkinan besar kita akan memanggilnya semula pada bulan Mei nanti.

"Saya harap dia dapat kekalkan prestasi dan tidak mengalami kecederaan untuk dipanggil semula nanti untuk kita serap dia dalam pasukan kebangsaan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.

Iklan

Luqman Hakim yang kini ‘berguru’ dengan kelab Belgium, KV Kortrijk pertama kali dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan bermula 22 Mac lalu dan berakhir pada Ahad.

Mengulas lanjut, Cheng Hoe mengakui bakat besar dimiliki pemain yang dicungkil bakatnya daripada Akademi Mokhtar Dahari itu selepas seminggu mengikuti kem latihan pusat Harimau Malaya.

Iklan

"Kami nampak dia mempunyai bakat yang besar dalam bola sepak dan kita nampak dia boleh bekerjasama dalam pasukan dan komited dalam latihan. Dia seorang pemain pemain yang berdisiplin tinggi dan mampu menjadi harapan buat pasukan kebangsaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Cheng Hoe turut menjelaskan, beliau masih belum mempunyai gambaran keseluruhan kesebelasan pemain yang akan menggalas cabaran Harimau Malaya pada kempen kelayakan itu nanti.

"Para pemain yang hadir pada kem latihan pusat pertama di Johor Bahru ini masih belum selamat sebenarnya kerana masih terlalu awal untuk menyenaraikan mereka.

"Saya akan terus memantau setiap pemain dan saya harap mereka akan terus memberikan prestasi terbaik menjelang tiga perlawanan penting di Emiriah Arab Bersatua (UAE) Jun depan,” ujarnya.