MASYARAKAT perlu mengangkat atlet Para Sukma sebagai hero luar biasa dalam realiti kehidupan dan mengambil iktibar daripada semangat dan kesungguhan mereka.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata masyarakat perlu belajar daripada semangat enggan menyerah kalah atlet Para Sukma, bukan sahaja dalam acara sukan tetapi juga dalam kehidupan seharian.
"Kita mesti akui, mereka telah membuktikan kepada masyarakat bahawa kekurangan fizikal bukanlah penghalang untuk berjaya. Moga-moga, ini akan menjadi pencetus semangat kepada kita semua untuk tidak sekali-kali mengalah dengan cabaran dalam kehidupan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Para Sukma Perak 2018 di Stadium Indera Mulia di sini malam ini, yang turut dihadiri Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong.
Ahmad Faizal berkata temasya Para Sukma sebagai medan yang disediakan oleh kerajaan bagi memberi ruang kepada bakat muda daripada golongan istimewa untuk membuktikan kemampuan masing-masing.
"Kalah dan menang adalah adat permainan. Apa yang lebih penting yang saya mahu tekankan di sini adalah komitmen semua atlet istimewa kita yang telah memberikan yang terbaik sepanjang temasya ini berlangsung.
Sesungguhnya, semangat dan iltizam anda dalam membuat persiapan untuk sampai ke sini dan mengambil bahagian dalam temasya Para Sukma edisi ke-19 ini telah meletakkan anda sebagai wirawan dan wirawati sebenar,” katanya.

Ahmad Faizal menyampaikan Anugerah Atlet Wanita Terbaik kepada atlet catur Negeri Sembilan, Nur Feiqha Maulad Mohd Halil pada perasmian penutupan Para Sukma Perak ke-19 di Stadium Indera Mulia malam ini. - Foto Bernama