Gintell (M) Sdn Bhd (Gintell) melancarkan produk kerusi urut Gintell S7 SuperChAiR yang dilengkapi dengan kecerdasan buatan (AI) Sense bersama teknologi kecerdasan suara (ViTec) iaitu teknologi kawalan suara pintar yang pertama di Malaysia.
Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Goh Cheh Yak berkata, melalui teknologi canggih tersebut, produk baharu itu mempunyai fungsi mendengar, menganalisis dan memahami keperluan badan individu serta menghasilkan urutan yang sesuai buat penggunanya.
"Gintell memperkenalkan slogan ‘Brilliance of Wellness’ yang bermaksud ‘Kecemerlangan dalam kesejahteraan’ bersama teknologi AI yang berinovasi untuk mencipta pengalaman urut yang selesa dan luar biasa.
"Kita selalu berada di fasa yang agak sukar dari luar jangkaan. Oleh itu, urutan boleh mengurangkan tekanan dan menjadikan sebuah terapi kepada seseorang yang dalam menghadapi masalah. Jangan lepaskan peluang dengan mencuba dan menemui produk ‘Penjagaan Kesihatan Anda’ yang terbaru di Gintell,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan pelancaran produk berkenaan di IOI City Mall, Putrajaya pada Ahad.
Hadir sama ialah duta jenama Gintell, Amber Chia.
Cheh Yak berkata, kerusi urut Gintell S7 merupakan produk yang pertama mempunyai AI SuperChAiR dan 875 kombinasi urutan yang memberi lebih keselesaan kepada penggunanya.
"Teknologi AI Vitec Massage Hand tersebut menggunakan kaedah urutan yang sama seperti tangan manusia selain memberi penekaan ‘roller’ sehingga 13 sentimeter (cm) dan memberi urutan yang lebih berkesan,” katanya.
Selain itu, produk canggih tersebut diibaratkan seperti kereta super terkini kerana mempunyai teknologi ingatan tempat duduk dan terdapat 10 slot memori ViTec yang boleh menyimpan urutan kesukaan pengguna.
"Kerusi urut Gintell S7 ini juga mempunyai urutan yang dicipta oleh sifu Pengamal Rawatan Tradisional Cina Tit-Tar, Datuk Seri Master Chris Leong,” katanya.
Sementara itu, Chris Leong berkata, produk tersebut boleh melakukan regangan seluruh badan sebanyak 230 darjah.
"Ia dapat membantu mengurangkan sakit leher, bahu dan belakang serta dapat meningkatkan peredaran darah dengan memperbaiki otot,” katanya.
Sempena pra pelancaran itu, Gintell telah menawarkan promosi dan potongan harga istimewa sebelum 5 April untuk pelanggan yang berminat.
Katanya, bagi maklumat lanjut, boleh mengunjungi bilik pameran yang berhampiran atau menghubungi di talian khidmat pelanggan 03-62779333 ataupun layari di www.gintell.com.