Budaya rasuah kini berevolusi

Iklan
Mohd Hasnul (empat dari kanan) bersama Hashim (tiga dari kanan) dan Nurhayati (dua dari kanan) membacakan Ikrar Bebas Rasuah pada program itu di Hotel De Palma, pada Selasa.

SHAH ALAM - Budaya rasuah pada masa kini telah berevolusi dan tidak hanya tertumpu kepada pemberian wang semata-mata.

Ketua Sekretariat Rasuah Busters, Nurhayati Nordin berkata, tindakan rasuah kini boleh berlaku dalam pelbagai bentuk tanpa disedari masyarakat antaranya melibatkan tawaran seks, makanan, pemarkahan peperiksaan dan beberapa lagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemberian rasuah telah bertukar ke dalam bentuk keperluan masyarakat sejajar dengan peredaran zaman pada masa kini.

"Disebabkan itulah, kalau kita dapat kembali kepada sistem kepercayaan, pemikiran kita dapat membuat penilaian yang terbaik sebelum memilih sesuatu tindakan.

Iklan

"Syaratnya, kita kena sedar dahulu dan disebabkan itulah kempen Rasuah Busters ini adalah untuk menyedarkan dan kemudiannya barulah dapat mengelak tindakan berkenaan (rasuah)," katanya.

Nurhayati berkata demikian menerusi penerangan mengenai gerakan kempen Sinar Rasuah Busters pada Majlis Perhimpunan Tahunan 2021 dan Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Pengaktifan Semula Operasi Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (Teras) di Hotel De Palma pada Selasa.

Iklan

Hadir sama pada majlis berkenaan adalah Pengurus Besar Teras, Mohd Hasnul Redza Abd Rahim dan Pengurus Kanan Tugas-Tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang.

Dalam pada itu, Mohd Hasnul berkata, Teras akan memastikan setiap kakitangannya dapat bersama-sama menunaikan tanggungjawab bagi menggelakkan diri daripada terlibat dengan budaya rasuah.

"Teras menyokong kempen Rasuah Busters ini malah kami juga sudah gerakkan kesedaran untuk membasmi budaya rasuah dalam kalangan kakitangan sejak tahun 2017 lagi," katanya.

Mengulas mengenai program berkenaan, Mohd Hasnul berkata, seramai 88 kakitangan Teras telah mengikuti majlis itu terdiri daripada beberapa sektor seperti operasi dan sokongan.

Beliau berkata, buat masa ini, Teras dipertanggungjawabkan untuk mengagihkan bantuan makanan bulanan kepada kira-kira 13,500 asnaf seluruh Selangor secara terus ke rumah.

"Kita juga diminta membantu menyediakan keperluan sekolah kepada keluarga asnaf di tiga buah daerah iaitu Kuala Langat, Sepang dan Hulu Langat.

"Malah kami turut giat membantu Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam aspek pengembangan asnaf, fakir dan mualaf di negeri ini," katanya.

Dalam majlis berkenaan, Mohd Hasnul turut berkesempatan mengetuai pegawai dan kakitangan Teras lain untuk menurunkan tandatangan pada kertas kanvas sebagai simbolik kepada Ikrar Bebas Rasuah.