Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali (dua, kanan) bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Hasim Hasan (kiri) memakaikan beg kepada Iqbal Anuar, 24, bagi menyempurnakan gimik pelancaran pada majlis pelancaran Warong Rider di bawah Program Warongku di Kompleks Seri Negeri,Melaka, hari ini.
Warong Rider bukan sekadar menghantar pesanan makanan halal malah telah diperluaskan kepada penghantaran ubat-ubatan dari farmasi, penghantaran dokumen dari pejabat atau barangan dari rumah ke rumah serta penghantaran dari kedai runcit atau pasar raya terus ke lokasi pelanggan.
Turut hadir Timbalan Pengerusi Melaka ICT Holding, Datuk Mohd Fauzi Yaakob (kanan). - Foto Bernama