PENYERANG Liverpool Mohamed Salah tidak menolak kemungkinan dirinya mungkin beraksi di Sepanyol, satu hari nanti.
Katanya, kemungkinan itu sememangnya ada berikutan timbul spekulasi mengenai statusnya bersama skuad The Reds itu musim depan yang masih samar sehingga ke hari ini.
Malah, prestasi buruk yang menyaksikan Liverpool kini berada pada kedudukan ketujuh Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini turut menguatkan spekulasi berkenaan.
"Sepanyol? Kenapa tidak? Tidak ada siapa yang tahu apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Oleh itu, kemungkinan itu ada untuk saya beraksi di Sepanyol.
"Lagi pun, saya sememangnya berharap untuk beraksi bagi tempoh yang lebih lama dalam sukan bola sepak; mengapa tidak?” katanya.
"Saya juga tidak dapat ‘berjanji’ untuk terus bersama Liverpool kerana keputusan itu tidak bergantung kepada saya sahaja dan saya juga tidak mahu bercakap mengenainya kerana saya mahu melihat perkembangan seterusnya,” katanya.
"Apa pun, saya tetap berharap agar dapat terus beraksi bagi tempoh beberapa tahun lagi,” katanya.
Status Salah bersama Liverpool mula menjadi tanda tanya berikutan prestasi buruk skuad kendalian Jurgen Klopp itu hingga menyaksikannya berada pada kedudukan ketujuh Liga Premier Inggeris (EPL) ketika ini.
Biarpun masih ‘tajam’ di depan gol, namun prestasi semasa The Reds semakin menguatkan spekulasi yang mengatakan penyerang Mesir itu itu bakal disingkirkan tidak lama lagi.
Sementara itu beliau berkata, hubungnnya dengan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp masih baik sehingga ke hari ini.
Malah katanya, hubungannya dengan pengendali Jerman itu adalah atas dasar profesional.
"Daripada permerhatian saya, hubungan saya dengan Klopp adalah hubungan yang normal atau lebih tepat hubungan antara dua pihak yang profesional,” katanya.