Berlabuh tanpa kebenaran, lima lagi kapal dagang ditahan

Iklan
Salah sebuah daripada lima kapal yang berlabuh tanpa kebenaran di sekitar perairan Tompok Utara di sini dalam Op Khas Jangkar Haram pada Isnin. Foto Ihsan Maritim

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Johor menahan lima lagi kapal yang berlabuh tanpa kebenaran di sekitar perairan Tompok Utara di sini dalam Op Khas Jangkar Haram pada Isnin.

Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, penahanan itu menjadikan jumlah kapal dagang yang ditahan sebanyak 18 buah dalam tempoh enam hari Op Jangkar Haram dilaksanakan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kelima-lima kapal itu telah ditahan sekitar jam 11.50 pagi hingga 3.45 petang oleh empat buah kapal peronda dan sebuah bot Maritim.

Salah sebuah kapal dagang yang ditahan Maritim. Foto Ihsan Maritim

"Kesemua kapal yang ditahan itu memiliki bendera negara asing dan merupakan kapal jenis tangki.

Iklan

"Kesemua yang ditahan akan dihadapkan ke mahkamah dan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Seksyen 491B(1)(l) iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut Malaysia.

"Jika didapati bersalah, mereka boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Nurul Hizam berkata, keseluruhan tangkapan kapal dagang di perairan Johor bagi tahun ini ialah sebanyak 36 buah.

Beliau turut menasihatkan agar semua jenis kapal yang ingin berlabuh di dalam perairan Malaysia untuk memohon dan mendapatkan kebenaran terlebih dahulu atau segera keluar dari perairan Malaysia jika enggan berbuat demikian.

"Kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas mengikut lunas undang-undang negara demi kedaulatan, keselamatan dan kesejahteraan perairan negara khususnya perairan Johor," katanya.