Kongres Kebangsaan DAP ditetapkan 20 Jun: Anthony Loke

Iklan
ANTHONY LOKE

KUALA LUMPUR - Kongres Kebangsaan DAP akan diadakan 20 Jun ini, kata Setiausaha Organisasi Kebangsaannya Anthony Loke Siew Fook.

Dalam kenyataan pada Selasa Anthony Loke berkata, perkara itu diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) yang berlangsung Isnin dan kongres berkenaan akan diadakan di tiga lokasi secara serentak iaitu Shah Alam, Selangor; Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak).

Iklan
Iklan

"Ini bertujuan untuk memudahkan perwakilan dari Sabah dan Sarawak menghadiri Kongres di negeri masing-masing.

"Selaras dengan kehendak Perlembagaan parti, notis rasmi berkenaan kongres akan dihantar kepada semua cawangan parti 10 minggu sebelum tarikh kongres. Segala proses penamaan calon untuk pemilihan ke CEC akan diadakan semula," katanya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ibu pejabat DAP juga akan melantik sebuah syarikat audit bebas untuk mengendalikan proses pemilihan pada hari kongres itu. - Bernama