KJ gesa segerakan pemilihan UMNO, selesai kemelut dalaman parti

Iklan
Khairy Jamaluddin. Gambar kecil: Tangkap layar Instagram Khairy Jamaluddin pada Selasa.

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggesa Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO supaya mengadakan pemilihan parti sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi menyelesaikan kemelut dalaman yang melanda parti itu.

Beliau berkata, langkah tersebut juga akan membolehkan UMNO menghadapi PRU15 dengan kepimpinan yang lebih jelas.

Iklan
Iklan

"Segerakan pemilihan parti. Jangan tangguhkan sehingga selepas pilihan raya umum. Sepatutnya pemilihan diadakan tahun ini. UMNO mesti menghadapi PRU dengan kepimpinan yang mempunyai mandat yang jelas dan boleh mendapat sokongan rakyat.

"Majlis Kerja (MKT UMNO) perlu melakukan perkara yang betul. Kita (UMNO) tidak boleh terus berada dalam keadaan seperti sekarang,” katanya menerusi kenyataan di Instagramnnya pada Selasa.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: 'UMNO tak perlu tangguhkan pemilihan parti'

Pemilihan UMNO sepatutnya diadakan pada tahun lalu selaras dengan Perhimpunan Agung UMNO 2020 namun terpaksa ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan akibat pandemik Covid-19.

Iklan

Mengikut perlembagaan UMNO, penangguhan bagi pemilihan parti dibenarkan dibuat dalam tempoh 18 bulan.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pada Januari lalu memaklumkan bahawa pemilihan UMNO bagi penggal 2021/24 akan berlangsung pada satu tarikh yang sesuai pada tahun ini.