Dalang Geng Nicky lari bawa lapan beg berisi duit

Iklan
Abdul Hamid (kanan) bersama Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay (dua, kanan) ketika mengadakan sidang media khas di Bukit Aman hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Dalang sindiket jenayah terancang, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee dipercayai melarikan diri dengan membawa lapan beg yang dipenuhi wang tunai.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasatan awal dilakukan mendapati Nicky, 33, yang juga pengasas Winner Dynasty Group, kali terakhir dilihat di Setiawalk, Puchong, Selangor pada 20 Mac lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, walaupun Soon Hee dipercayai masih berada di dalam negara, pihaknya tidak menolak kemungkinan bahawa dia akan cuba melarikan diri menggunakan jalan ‘tikus’ namun percaya pergerakannya adalah terbatas.

"Siasatan juga mendapati bahawa Soon Hee mengawal rangkaian kamera litar tertutup (CCTV) di Setiawalk dengan 48 unit apartmen di bangunan berkenaan disewa oleh sindiket terbabit," katanya ketika ditemui pemberita di Bukit Aman, di sini pada Selasa.

Iklan

Katanya, malah Soon Hee berkemungkinan mempunyai laluan khas bagi melarikan diri semasa keluar dari bangunan terbabit.

"Maklumat diperoleh dari Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati Nicky mempunyai wang berjumlah RM40 juta di dalam akaun milik peribadinya.

Iklan

"Semakan juga mendapati Soon Hee mempunyai 12 rekod berkaitan kesalahan jenayah termasuk mendatangkan kecederaan, ugutan dan dadah. Malah, dua adiknya yang ditahan juga mempunyai rekod berkaitan dadah,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Soon Hee diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan V Prakash di talian 012-5209767 atau mana-mana balai polis berdekatan.