JKM cari waris bayi ditinggalkan di 'baby hatch'

Iklan
JKM daerah Petaling sedang mencari waris seorang kanak-kanak lelaki.

PETALING - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Petaling sedang mencari waris seorang kanak-kanak lelaki yang ditinggalkan di dalam kotak perlindungan bayi (baby hatch) di Petaling Jaya pada November 2018.

Kanak-kanak tersebut adalah Muhammad Nur Iman yang kini berusia dua tahun.

Iklan
Iklan

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling, P Nithiah berkata, pihaknya telah memohon kepada mahkamah untuk meletakkan kanak-kanak tersebut dalam jagaan penjaga sementara pada 2019 selama dua tahun.

Menurutnya, siaran akhbar dilakukan bagi mengesan ibu bapa atau waris kenak-kanak tersebut memandangkan tempoh jagaan itu telah tamat.

Iklan

"Keluarga kandung kanak-kanak itu tidak pernah tampil. Usaha mengesan dilakukan untuk memberi maklum balas sebelum Perintah Kebenaran Pengangkatan dikeluarkan oleh mahkamah," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai di bahagian Pelindung Kanak-Kanak, JKM Petaling, Nor Asmanizah Ahmad di talian 03-78422584/87.

Iklan