Letak jawatan: UMNO perlu fikir rakyat

Iklan
Shahril Sufian

KUALA LUMPUR - UMNO perlu memikirkan kepentingan rakyat sebelum mengambil tindakan untuk meletakkan jawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Ketua Penerangannya, Shahril Sufian Hamdan.

"Adakah dengan tarik diri sekarang adalah yang terbaik? Itu kena dibincangkan. Mungkin benda itu kita rasa terbaik untuk UMNO tapi ada kesannya kepada rakyat. Jadi UMNO kena juga memikirkan perkara itu dan saya yakin itu akan dipertimbangkan," katanya.

Iklan
Iklan

Ditemui pemberita selepas menjadi ahli panel pada Forum Demokrasi Malaysia:"Merangka Masa Depan Demokrasi Parlimen di Malaysia’, di sini pada Selasa, Shahril Sufian berkata, tiada sebarang tempoh tertentu diberikan kepada mereka yang memegang jawatan untuk melepaskan jawatan mereka.

"Ogos itu antara satu tarikh yang disebut oleh seorang jurubahas (perwakilan) negeri dan logiknya kerana Ogos dijadualkan darurat tamat. Tapi hak atau pun keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan presiden tidak terikat kepada satu tarikh sahaja. Boleh jadi Ogos boleh jadi bukan Ogos," katanya.

Iklan

Susulan keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020 untuk menarik sokongan daripada kerajaan PN, Ahli Parlimen UMNO yang memegang jawatan menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet PN atau menyandang jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) daripada parti itu disaran meletak jawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Menteri, timbalan menteri UMNO perlu tarik diri hari ini

Iklan

Sementara itu, pakar Perlembagaan Persekutuan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata, peletakan jawatan menteri dan timbalan menteri UMNO daripada Kabinet kerajaan tidak akan menjejaskan komposisi Dewan Rakyat, tetapi ia mungkin memberi kesan besar kepada PN.

"Mereka hanya meletak jawatan yang disandang itu bukan meletakkan jawatan sebagai ahli dewan.

"Tetapi ia berkaitan. Sekiranya peletakan jawatan itu juga menunjukkan mereka menarik balik sokongan atau kepercayaan kepada kerajaan maka ini akan memberikan kesan yang besar kepada komposisi kedudukan kerajaan itu sendiri," katanya kepada pemberita pada forum itu.

Shamrahayu, yang juga Penyandang Kursi Institusi Raja-raja Melayu Universiti Teknologi MARA (UiTM) berkata, setiap parti politik harus kembali kepada tujuan perjuangan mereka.

"Sama ada Pas atau Bersatu atau PKR atau UMNO sekali pun rujuklah kepada apa yang telah mereka janjikan kepada penubuhan parti politik itu sendiri. Saya fikir itu adalah satu tindakan yang baik untuk menyatupadukan parti-parti politik ini bukan hanya untuk kepentingan orang Melayu tetapi demi kepentingan kestabilan politik tanah air," katanya.

Justeru, beliau berkata semua parti perlu mengelakkan tindakan yang boleh membawa kepada situasi negatif kepada negara termasuk pelaburan asing dan kedudukan ekonomi rakyat. - Bernama