Pemain Liga-M kena tunggu dulu

Iklan
Reezal Merican (belakang, tiga dari kiri) selepas Pelancaran Liga SupaRimau di Arena Futsal FAM pada Selasa. - Foto Bernama

PEMAIN dan pegawai dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) perlu menunggu lebih lama untuk mendapatkan vaksin Covid-19.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, vaksin untuk pemain dan pegawai Liga-M dijangka diterima dalam fasa kedua pada Mei.

Iklan
Iklan

"Vaksin untuk permulaan hanyalah 264 sahaja. Kita telah mengemukakan 4,000 permohonan dalam empat fasa.

"Untuk Liga-M, dijangkakan fasa kedua bermula pada bulan Mei dan ke atas sebab kita kena sesuaikan dengan penjadualan bekalan vaksin," katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Liga SupaRimau di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Kelana Jaya pada Selasa.

Iklan

Mengulas lanjut, beliau memberitahu penerima yang diberikan keutamaan mendapat vaksin dalam fasa pertama melibatkan 264 atlet dan pegawai yang akan ke Olimpik Tokyo 2020 pada Julai nanti.

"Mereka akan divaksinkan pada bulan empat ini.

Iklan

"Dalam masa sama, saya nak jelaskan bahawa vaksin yang diperolehi contohnya sebanyak satu juta bukan akan digunakan semuanya.

"Sebaliknya, setiap kali menerima suntikan vaksin, stok satu lagi disimpan untuk pusingan selepas itu.

"Jika anda dapat laporan negara terima satu juta vaksin, tetapi bukan satu juta divaksin. Tetapi 500,000 sahaja. Itu konsep pengurusan inventori," katanya.