Gesaan Khairy perlu pertimbangan sewajarnya

Iklan
Khairul Shahril

IPOH - Gesaan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mahu pemilihan parti UMNO diadakan segera perlu dipertimbangkan secara serius.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Parit, Khairul Shahril Mohamed berkata, ia resolusi terbaik bagi merungkai kemelut kepimpinan parti ketika ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mengambil teladan apa yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, kepimpinan parti perlu berlapang dada meraikan setiap cadangan daripada semua pihak untuk kebaikan parti.

"Walaupun mungkin pandangan itu tidak seronok dan pahit untuk diterima, tetapi ia haruslah diperhalusi sebaiknya.

Iklan

"Pada saya apa yang dicadangkan YB Khairy itu satu kenyataan yang cukup sesuai untuk polemik politik negara sekarang khususnya urusan politik UMNO,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Menurutnya, ini adalah masa yang tepat untuk UMNO memperlihatkan kepimpinan mereka menerusi sistem demokrasi.

Iklan

"Kita harap kepimpinan dapat buat keputusan yang terbaik bukan atas kepentingan diri tetapi organisasi parti,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: KJ gesa segerakan pemilihan UMNO, selesai kemelut dalaman parti