Masih ada peluang sertai peraduan PKPNimsXSinar

Iklan
nims

SHAH ALAM - Orang ramai khususnya pembaca Sinar Harian dan pelanggan produk NIMS ADELICIOUSZ masih belum terlambat untuk sertai peraduan PKPNimsXSinar kerana tarikh tutup penyertaan adalah sehingga 14 April ini.

Pengasas NIMS ADELICIOUSZ Sdn Bhd, Tengku Norhanim Tengku Othman berkata, terdapat dua lagi Kategori Hadiah Siri Warna iaitu Oren dan Indigo yang ditawarkan kepada orang ramai.

Iklan
Iklan

"Tarikh tutup penyertaan bagi Siri Oren ialah 31 Mac, manakala Siri Indigo pula pada 9 April ini. Selain itu, kita juga ada tawarkan hadiah utama yang bernilai RM30,000 sehingga RM5,000. Ketiga-tiga ini kita akan umumkan di Grand Finale PKPNimsXSinar nanti.

"Justeru, orang ramai diminta supaya tidak melepaskan peluang keemasan ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

NIMS ADELICIOUSZ dan Sinar Harian melancarkan peraduan PKPNimsXSinar dengan ganjaran RM150,550 sempena pelancaran edisi istimewa, Siri Pelangi sebagai tanda penghargaan kepada peminat jenama lokal tersebut.

Mengulas lanjut, Norhanim berkata, ketujuh-tujuh siri warna tersebut diambil bersempena warna-warna pelangi.

Iklan

Menurutnya, ia meliputi warna Kuning, Merah, Hijau, Biru, Ungu, Oren dan Indigo.

"Untuk Kategori Hadiah Utama, mereka perlu mengumpul dan menghantar tujuh borang peraduan mengikut tujuh siri warna. Jika mereka gagal mengumpul ketujuh-tujuh siri warna ini, maka mereka tidak layak untuk sertai kategori berkenaan,” katanya.

Walau bagaimanapun, katanya, tujuh borang peraduan akan dikeluarkan semula mengikut siri warna pelangi bermula pada 7 April sehingga 13 April ini.

"Ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada mereka yang terlepas untuk membeli akhbar Sinar Harian sebelum ini,”katanya.

Sehubungan itu, Norhanim berharap lebih banyak yang bakal menyertai peraduan tersebut terutama bagi Kategori Hadiah Utama kerana ia menawarkan hadiah wang tunai yang sangat lumayan.

"Peraduan ini juga bukan sahaja untuk menghargai pelanggan Nims dan pembaca Sinar Harian tetapi turut membantu mengurangkan beban mereka yang terkesan sepanjang tempoh pandemik Covid-19,” katanya.