Chatime sahkan Neelofa, PU Riz ke Langkawi urusan kerja

Iklan
Kelmarin, pasangan kontroversi itu sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila tular beberapa gambar mereka merentas negeri didakwa berbulan madu di Pulau Langkawi.

SHAH ALAM - Pembekal makanan dan minuman terkemuka, Chatime Malaysia Sdn Bhd tampil menjelaskan kekeliruan berhubung kontroversi Neelofa dan suaminya, Mohammad Haris Ismail atau PU Riz, didakwa berbulan madu di Pulau Langkawi.

Pengarah Urusan Kumpulan, Aliza Ali memberitahu, pengacara dan usahawan itu bersama suaminya sedang melakukan lawatan kerja ke tiga lokasi di zon utara iaitu Sungai Petani dan Langkawi, Kedah dan Kangar, Perlis bagi tujuan pembukaan cawangan baharu Chatime.

Iklan
Iklan
Kenyataan Chatime di Instagram menjelaskan kekeliruan berhubung kontroversi Neelofa dan suaminya, Mohammad Haris Ismail atau PU Riz, didakwa berbulan madu di Pulau Langkawi.

"Lawatan ini juga membabitkan beberapa kakitangan Bahagian Operasi dan Pengurusan Chatime Malaysia.

"Kebenaran merentas negeri ke Langkawi telah diperoleh dari balai polis berdekatan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. Diharapkan kenyataan ini dapat memberi pencerahan kepada segala kesulitan," menurut kenyataan dimuat naik di Instagram Chatime Malaysia pada Selasa.

Iklan

Kelmarin, pasangan kontroversi itu sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila tular beberapa gambar mereka merentas negeri didakwa berbulan madu di Pulau Langkawi.

Menerusi gambar tersebar, Neelofa dan suaminya dilihat berada di lapangan terbang serta dalam penerbangan dipercayai menuju ke pulau peranginan itu.

Iklan

Rata-rata warganet tidak berpuas hati malah mempersoalkan bagaimana pasangan itu dibenarkan merentas negeri walhal Selangor masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pada Sabtu, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 32, selamat diijabkabulkan dengan pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, pada jam 11.43 pagi di sebuah hotel terkemuka.