PLUS: Lorong kanan antara Senai Utara ke Kulai ditutup

Iklan
PLUS memaklumkan lorong kanan antara Senai Utara ke Kulai di KM21.85 hingga KM25.50 (arah utara) akan ditutup selama tiga setengah bulan kepada semua kenderaan bermula 4 April hingga 25 Julai depan.

KUALA LUMPUR - Lorong kanan antara Senai Utara ke Kulai di KM21.85 hingga KM25.50 (arah utara) akan ditutup selama tiga setengah bulan kepada semua kenderaan bermula 4 April hingga 25 Julai depan.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan memaklumkan penutupan berkenaan bagi membolehkan kerja-kerja menaik taraf penghadang jalan konkrit dilaksanakan dengan lancar.

Iklan
Iklan

"Sepanjang tempoh tersebut, trafik di laluan terbabit akan dilencongkan ke lorong kiri dan lorong kecemasan bagi mengekalkan laluan dua lorong pada setiap masa.

"Pada masa sama, pelanggan lebuh raya juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik dan had laju 60km/j serta arahan dikeluarkan oleh kakitangan PLUS ketika melalui kawasan terbabit,” menurut kenyataan itu pada Rabu.

Iklan
Iklan

Justeru, PLUS menasihatkan semua pelanggan menghala ke utara agar merancang perjalanan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini melalui paparan kamera litar tertutup (CCTV) disediakan atau menekan butang SOS pada aplikasi untuk mendapatkan bantuan pasukan PLUSRonda. - Bernama