Perkukuh hubungan dua hala dengan China: Tun M

Iklan

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia mahu perkukuh hubungan dua hala dengan China.

Mengambil perhatian bahawa China telah muncul sebagai kuasa ekonomi penting, beliau berkata ini mempengaruhi hubungan antara kedua-dua negara, terutamanya dari segi ekonomi.

Iklan
Iklan

"China kini sudah berbeza... semasa negara menjalin hubungan dengan China, ia sebuah negara yang sangat miskin, sebuah negara dunia ketiga, jauh ketinggalan. Tetapi kini China telah mencapai kemajuan besar.

"Kami mendapati China kini rakan perdagangan paling besar dan bernilai bagi Malaysia... jadi dasar kita sudah tentu untuk memperkukuhkan lagi hubungan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Iklan

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta menggambarkan hubungan Malaysia-China selepas 45 tahun menjalin hubungan diplomatik.

Perdana menteri juga berkata lawatannya ke China dijadual pada April antara lain akan menumpukan pada inisiatif Satu Jalur Satu Jalan (OBOR).

Iklan

Beliau juga berkata Malaysia akan menyatakan pendiriannya berhubung inisiatif itu selepas lawatan itu.- Bernama