Muhyiddin pengerusikan mesyuarat Bersatu, PN Johor

Iklan
Muhyiddin tiba di Hotel Zenith bagi mempengerusikan mesyuarat Bersatu dan Perikatan Nasional Johor.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Hotel Zenith dekat sini bagi mempengerusikan mesyuarat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional (PN) Johor.

Mesyuarat tersebut bagi membincangkan hala tuju kerjasama dengan UMNO Johor selepas parti itu meluluskan usul supaya tiada kerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan kebersamaan dalam kerajaan PN diteruskan hingga pembubaran Parlimen.

Iklan
Iklan

Antara yang kelihatan hadir ialah Setiausaha Bersatu Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal; Ketua Bahagian Bersatu Ayer Hitam, Datuk Osman Sapian dan Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Pada Ahad lalu semasa Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020), Pengerusi UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad secara terbuka mendesak parti itu diberikan kuasa autonomi selepas mendakwa kedudukan PN di negeri itu lemah.

Iklan

Katanya, hasil kajian yang dilakukan parti itu turut mendapati sokongan terhadap Muhyiddin di Pagoh lemah berbanding UMNO.

Terdapat 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dengan agihan terkini adalah UMNO dan DAP masing-masing 14, Bersatu (12), MIC (dua), Pas (satu) sementara Amanah (sembilan) dan PKR pula (empat).

Iklan