Parkir berbayar di Dengkil bermula esok

Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai bantahan warga Dengkil berhubung pelaksanaan TLK berbayar di Dengkil. Gambar kecil: Abd Hamid

SEPANG - Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) melaksanakan sistem tempat letak kereta (TLK) berbayar di kawasan Dengkil, Kota Warisan dan Taman Seroja bermula 1 April (Khamis).

Yang Dipertua MPSepang, Datuk Abd Hamid Hussain berkata, langkah itu bagi memastikan perancangan bandar yang lebih teratur selain mengawal aktiviti tidak

Iklan
Iklan

berkenaan.

Menurutnya, ia juga bagi mengelak lambakan kenderaan buruk dan terbiar di petak parkir yang menghalang pengguna untuk menggunakan kemudahan itu.

Iklan

"Selain itu, pelaksanaan TLK ini setelah mengambil kira keputusan kerajaan membuka semula (restart) ekonomi negara dengan membenarkan industri dan aktiviti perniagaan untuk beroperasi secara menyeluruh," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Katanya, pelaksanaan TLK di seluruh kawasan MPSepang akan dilaksanakan secara berperingkat.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Warga Dengkil persoal pelaksanaan caj parkir

Pada Oktober lalu Sinar Harian melaporkan bantahan warga Dengkil selepas mengetahui pelaksanaan TLK berbayar di kawasan tersebut yang dijadualkan bermula 1 Januari lepas.

Warga Dengkil membantah cadangan tersebut susulan pelaksanaan dilakukan ketika rakyat terbeban dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu disebabkan Covid-19.

Bagaimanapun, Abd Hamid melalui maklum balasnya memaklumkan MPSepang tidak berhasrat membuat penangguhan sistem itu.

Menurutnya, pelaksanaannya tidak dilakukan secara tergesa-gesa sebaliknya telah dirangka sejak 2014.

Sistem tersebut terlebih dahulu dilaksanakan di Cyberjaya pada 2015 dan Bandar Baru Salak Tinggi pada 2016.