Orang awam selamatkan wanita mahu terjun jambatan

Iklan
Anggota bomba menenangkan wanita berkenaan selepas dia berjaya dipujuk oleh orang awam.

GEORGETOWN - Seorang wanita berjaya diselamatkan daripada cubaan bunuh diri dalam kejadian di Jambatan Pulau Pinang di sini pada petang Rabu.

Dalam kejadian jam 1.37 petang, wanita berusia 38 tahun itu dilihat berdiri di tepi jambatan di kilometer 6.5 arah ke pulau dalam keadaan mencurigakan.

Iklan
Iklan

Difahamkan wanita berkenaan yang dalam keadaan murung berjaya dipujuk oleh orang awam ketika melihat dia cuba terjun dari atas jambatan.

Motosikal wanita terbabit yang diletakkan di atas jambatan.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, wanita itu diselamatkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba sampai ke lokasi kejadian.

Iklan

"Wanita itu telah berjaya dipujuk dan diselamatkan oleh orang awam sebelum jentera Bomba tiba di lokasi kejadian.

"Dia tidak mengalami sebarang kecederaan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Rabu.

Iklan