VIENNA - AUSTRIA. Mahkamah Austria membatalkan rancangan kerajaan untuk menutup enam masjid milik komuniti Arab di negara itu.
Tahun lalu, Canselor Austria, Sebastian Kurz berkata, kerajaannya akan menutup masjid yang ditadbir nasionalis Turki dan membubarkan kumpulan komuniti agama Arab yang mengendalikan enam masjid serta mengusir puluhan imam.