Perubahan cuaca antara faktor ikan mati

Iklan
Pegawai Jabatan Perikanan Pahang membuat pemeriksaan di sangkar terlibat di Kampung Lada,Jerantut pada Selasa lalu.

JERANTUT - Jabatan Perikanan Pahang mengenal pasti faktor yang mengakibatkan kematian ikan sangkar di Kampung Lada, di sini pada Ahad lalu.

Pengarah Perikanan negeri, Abdullah Jaafar berkata, antara faktornya dipercayai perubahan cuaca, kekeruhan tinggi selepas hujan selama tiga hari berturut-turut serta kekurangan oksigen pada waktu tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kepadatan ikan turut menambah tekanan terhadap haiwan itu menyebabkan berlaku kecederaan dan meningkatkan jangkitan parasit.

"Berdasarkan kiraan keluasan sangkar seharusnya kadar pelepasan ikan separuh daripada kuantiti sedia ada.

Iklan

"Punca ini dapat kita peroleh berdasarkan temubual bersama pengusaha, maklumat pemeriksaan persekitaran dan analisis awal Makmal Biosekuriti Perikanan Kuantan," katanya lagi.

Pegawai Jabatan Perikanan Pahang membuat pemeriksaan di sangkar terlibat di Kampung Lada,Jerantut pada Selasa lalu.

Ujarnya, pasukan Jabatan Perikanan Pahang turun ke sangkar terlibat pada Selasa lalu selepas menerima aduan mengenai kejadian tersebut pada Isnin.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN:Punca ribuan ikan patin mati jadi tanda tanya

Sinar Harian pernah melaporkan keluhan pengusaha yang mengalami kerugian besar Rabu lalu selepas ikan sangkar mereka di Sungai Pahang dekat Kampung Lada mati sehingga ada seorang pengusaha kehilangan kira-kira 18,000 ekor ikan patin.

Dalam pada itu Abdullah memberitahu, jabatan tersebut akan memantau lokasi kejadian setiap minggu dan memberikan khidmat nasihat dari masa ke masa.

"Kita juga akan mengadakan kursus kesedaran Skim Amalan Akuakultur Baik Malaysia (myGAP) kepada pengusaha terlibat untuk tempoh jangka sederhana," katanya.

Sementara itu, bagi pengusaha ikan sangkar yang terlibat, Kamarulzaman Rusly, 29, mengalu-alukan usaha yang akan dilakukan oleh jabatan untuk membantu mereka.