PDRM mohon kerjasama Interpol buru Nicky Liow

Iklan
PDRM membuat permohonan kepada Interpol untuk mengesan dan menangkap Nicky Liow yang disyaki mendalangi sebuah kumpulan jenayah terancang di negara ini.

BATU PAHAT - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat permohonan kepada Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan dan menangkap ahli perniagaan dalam buruan Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee yang disyaki mendalangi sebuah kumpulan jenayah terancang di negara ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, langkah itu diambil kerana PDRM percaya lelaki tersebut akan cuba menyusup keluar dari negara ini.

Iklan
Iklan

Buat masa ini polis percaya lelaki berusia 33 tahun itu masih berada di Lembah Klang, katanya kepada pemberita selepas Program Townhall Discussion PDRM Johor di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, di sini pada Khamis.

Sebelum ini dilaporkan polis berjaya melumpuhkan kumpulan jenayah 'Geng Nicky’ yang disyaki terlibat dalam jenayah terancang antarabangsa, Macau Scam dan pengubahan wang haram selepas menahan 68 individu.

Iklan

PDRM turut merampas wang tunai ratusan ribu ringgit serta aset bernilai jutaan ringgit menerusi 70 serbuan di sekitar Lembah Klang baru-baru ini. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: EAIC tidak terlibat siasatan 34 pegawai 'dibela' Nicky Liow

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Ada pegawai bocor maklumat, 'lindungi' Nicky Liow: KPN

ARTIKEL BERKAITAN: Sindiket jenayah terancang Geng Nicky lumpuh