BEIJING - Tahap keberkesanan vaksin keluaran China selaras dengan piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kata pakar pertubuhan itu.
Pengerusi Kumpulan Pakar Penasihat Strategi mengenai Imunisasi (SAGE) WHO, Alejandro Cravioto pada sidang akhbar pada Rabu mengesahkan vaksin buatan Kumpulan Farmaseutikal Nasional China (Sinopharm) dan syarikat SinoVac adalah selamat dan berkesan berdasarkan data yang disediakan dua syarikat itu.
Iklan
Iklan
WHO menetapkan semua vaksin perlu melepasi tahap keberkesanan 50 peratus, manakala anggaran mata sebanyak 70 peratus amat digalakkan.
Menurut Cravioto, dua jenis vaksin China itu perlu mendapat kelulusan penggunaan kecemasan daripada WHO atau badan penyelia yang diperakui pertubuhan itu, sebelum SAGE memberi cadangan mengenai penggunaannya.
SAGE berharap cadangan berkenaan dapat dikeluarkan menjelang hujung April.
Terdahulu, jurucakap WHO, Margaret Harris menjangka vaksin Sinopharm dan SinoVac akan memperoleh kebenaran penggunaan kecemasan tidak lama lagi. - Bernama
ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia akan terima 3.5 juta dos vaksin Covid-19 CanSino dari China