Saluran Sukan RTM dilancarkan, bersiaran 24 jam

Iklan
Saifuddin (kiri) melancarkan logo baharu RTM pada sambutan ulang tahun RTM ke-75 dan Okestra RTM ke-60 di Angkasapuri pada Khamis. Turut kelihatan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohammad Mentek (kanan). - Foto: Bernama

KUALA LUMPUR - Saluran Sukan RTM yang dilancarkan hari ini ialah sebagai wadah penyatuan rakyat, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata, siaran saluran itu selari dengan kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa sukan merupakan platform perpaduan masyarakat, tanpa mengira bangsa dan agama.

Iklan
Iklan

"Ada masa (rakyat) siap pakai jersi, kibar bendera walaupun berada di rumah sendiri. Ini adalah saat yang mana satu negara boleh duduk di depan televisyen, menyokong pasukan Malaysia.

"Di situ kita saksikan perpaduan tanpa memerlukan ucapan-ucapan. Perpaduan dan semangat patriotik (menerusi) saluran sukan sangat mustahak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun RTM ke-75 dan Orkestra RTM ke-60, di sini pada Khamis.

Iklan

Pada majlis sama, beliau melancarkan saluran Sukan RTM yang akan bersiaran selama 24 jam bermula hari ini.

Sementara itu, ditanya mengenai isu cetak rompak karya tempatan yang boleh diakses menerusi aplikasi Telegram dan Android box, beliau berkata, pihaknya sedang meneliti untuk meminda beberapa akta.

Iklan

Ini termasuk Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Kita bukan bermaksud nak mengekang kebebasan tetapi pada waktu yang sama, kita harus boleh mempertahankan karya-karya tulen terutamanya karya tempatan.

"Tetapi kita harus melihat perkembangan semasa bagaimana, apa yang boleh diikuti dan apa yang harus kita kawal... bukan niat mengawal dan mengekang kebebasan berkarya," katanya. - Bernama