JKM kesan waris dua beradik ditinggal di kolam ikan

Iklan
JKM mencari waris dua beradik berusia 11 dan sembilan tahun yang ditinggalkan penjaga sejak empat tahun lalu.

IPOH - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengesan waris dua beradik berusia 11 dan sembilan tahun yang ditinggalkan penjaga sejak empat tahun lalu.

Dua beradik yang dikenali sebagai Puteri Zahrah dan adik lelakinya, Aril dijumpai ditinggalkan di kolam pancing ikan di Kampung Ayer Hitam Labu pada 10 Februari 2017.

Iklan
Iklan

JKM dalam kenyataannya memaklumkan, kanak-kanak itu kini berada di bawah jagaan Rumah Kanak-kanak Sultan Abdul Aziz Kuala Kangsar.

"Sepanjang tiga tahun ditempatkan di rumah kanak-kanak itu, tiada individu yang tampil sebagai ahli keluarga mereka.

Iklan
Iklan

"Waris atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pelindung JKM Daerah Kampar, Ruzanna Rahmad di talian 05-4653133," katanya.