Bertanding atau tidak, Khairy tunggu ketetapan MKT

Iklan
Khairy

GEORGETOWN - Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan membuat keputusan bertanding pada pemilihan parti itu hanya selepas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) memuktamadkan tarikh bagi proses itu berlangsung.

Beliau berkata, buat masa ini MKT perlu menetapkan sama ada pemilihan UMNO bakal diadakan pada tahun ini atau ditangguhkan.

Iklan
Iklan

"Saya mahu supaya ada keputusan diadakan pemilihan dahulu. Selepas itu saya akan fikir untuk bertanding (jawatan) apa.

"Sekarang belum ada lagi keputusan daripada MKT sama ada mahu tangguh atau mengadakan pemilihan. Itu yang pokoknya. Mereka perlu menyatakan keputusan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Pusat Penghantaran Vaksin (PPV) di Kompleks Masyarakat Penyayang di sini pada Khamis.

Iklan

Pada pemilihan UMNO bagi penggal 2018-2021, Khairy bertanding bagi jawatan Presiden UMNO, namun tewas kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau tewas dengan mendapat 61 undi berbanding Ahmad Zahid sebanyak 99 undi.

Iklan

Seorang lagi pencabar ialah veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah yang mendapat sebanyak 30 undi.

Mengikut perkiraan, pemilihan UMNO sepatutnya berlangsung pada tahun lalu, bagaimanapun terpaksa ditangguhkan susulan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini.

Mengikut perlembagaan UMNO, penangguhan bagi pemilihan parti boleh dilakukan dalam tempoh 18 bulan.