Polis tahan 35 individu sertai parti liar

Iklan
Ahmad Shukri Mat Akhir

ALOR SETAR - Seramai 35 individu termasuk remaja berusia 16 tahun ditahan kerana menyertai parti liar di sebuah rumah dalam Ops Parti Liar di Taman Andalas, Jalan Hutan Kampung di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, polis menahan 11 wanita dan 24 lelaki dalam serbuan kira-kira jam 12.20 tengah malam.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, anggota polis membuat serbuan dan pemeriksaan di sebuah rumah yang dijadikan sebagai rumah inap di taman perumahan berkenaan.

"Setelah tiba di rumah, seramai 35 individu berusia antara 16 tahun hingga 26 tahun ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 22(b) Akta 342 Dan Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata, seramai 28 individu dikesan positif dadah jenis ketamin dan methamphetamine turut disiasat di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, manakala empat lagi mengikut Seksyen 12 (2)/(3) akta sama.

"Serbuan dilakukan sepasukan 10 anggota polis termasuk dua pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kota Setar," katanya.

Iklan