Gempa bumi sederhana di Kepulauan Talaud, Indonesia

Iklan
Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.4 pada skala Richter dilapor menggegarkan kawasan Kepulauan Talaud, Indonesia pada 6.12 petang.

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 pada skala Richter dilapor berlaku di Kepulauan Kermadec, New Zealand pada 5.56 petang Khamis.

Gempa itu dikesan pada kedudukan 1,048 kilometer (km) dari timur laut North Shore, New Zealand dengan kedalaman 50 km.

Iklan
Iklan

Sementara itu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.4 pada skala Richter dilapor menggegarkan kawasan Kepulauan Talaud, Indonesia pada 6.12 petang.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi itu dikesan pada kedudukan 58 km dari tenggara Pulau Talaud dengan kedalaman 75 km.

Iklan
Iklan

Kedua-dua gempa bumi itu tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama