BANGKOK - THAILAND. Mahkamah Perlembagaan Thailand, semalam mengumumkan ia akan mendengar kes untuk membubarkan parti politik yang mencalonkan kakak Raja Maha Vajiralongkorn untuk jawatan perdana menteri dalam pilihan raya pada 24 Mac depan.
Pencalonan Puteri Ubolratana Rajakanya oleh parti Thai Raksa Chart yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri, Thaksin Shinawatra itu bagaimanapun dibatalkan Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) selepas keputusan itu tidak dipersetujui adiknya kerana disifatkan tidak berperlembagaan.