SHAH ALAM -Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman mencemar duli menerima undangan istimewa daripada Bilik Berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk menyampaikan berita secara langsung dalam slot Berita Perdana jam 8 malam Khamis di Studio Wisma Berita, Angkasapuri.
Menerusi kenyataan dimuat naik Selangor Royal Office di Facebook, kemunculan baginda di saluran RTM sebagai penyampai berita adalah julung kali setelah kali terakhir ke udara lima tahun lalu pada 31 Ogos 2016.
Iklan
Iklan
Kenyataan itu memaklumkan, Tengku Permaisuri Norashikin pernah bertugas sebagai Penyampai Berita TV di RTM selama 20 tahun bermula pada tahun 1996.
"Baginda pernah diiktiraf sebagai Penyampai Berita TV Terbaik sebanyak dua kali di Anugerah Seri Angkasa iaitu pada tahun 2001 dan 2005," kata kenyataan itu lewat malam Khamis.
Dalam perkembangan sama, kenyataan itu memberitahu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menzahirkan ucapan syabas dan tahniah di atas sambutan ulang tahun ke-75 RTM pada 1 April 2021.
"Baginda berharap RTM terus menjadi wadah penyebar maklumat dan informasi yang tepat dan telus kepada rakyat jelata, serta terus relevan sebagai sumber media utama yang sahih dan berkaliber," kata kenyataan terbabit.
Artikel Berkaitan