Tiada kompromi pegawai sekongkol dalang Geng Nicky: KP Imigresen

Iklan
Khairul Dzaimee (dua dari kanan) menjalankan pemeriksaan awal ke atas tangkapan PATI dalam Ops Bersepadu di Bukit Puchong pada Jumaat.

PUCHONG - Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) tidak akan berkompromi sekiranya terdapat pegawai dan anggotanya dikesan bersekongkol dengan dalang Geng Nicky, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee yang terlibat sindiket jenayah terancang.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, setakat ini beliau tidak dimaklumkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika ada sebarang tangkapan dalam kalangan pegawai Imigresen berkaitan perkara ini.

Iklan
Iklan

"Selalunya jika ada tangkapan saya akan dimaklumkan.

"Jika ada, tidak ada kompromi di pihak jabatan dan kita akan memberi kerjasama sebaiknya kepada pihak PDRM untuk membantu mereka melengkapkan siasatan," katanya kepada pemberita selepas Ops Bersepadu di Bukit Puchong, di sini pada Jumaat.

Iklan

Selasa lalu, pada sidang akhbar di Bukit Aman, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan terdapat 34 pegawai dan anggota agensi penguat kuasa termasuk polis terlibat dengan sindiket terbabit.

Menurut Abdul Hamid, mereka ini bergaul, menjadi ahli, membantu dan menerima suapan.

Iklan

Media melaporkan terdapat kebocoran maklumat mengenai Operasi Pelican 3.0 yang dilaksanakan oleh Polis Kontinjen Johor mengenai serbuan yang bakal dilaksanakan di kawasan Setia Walk, Puchong menyebabkan Soon Hee selaku suspek utama melarikan diri.

Dalam 70 serbuan Ops Pelican 3.0 di sekitar Lembah Klang dari 20 hingga 28 Mac lalu, 118 individu diperiksa dan 68 ditahan, manakala wang tunai lebih RM770,000 dirampas.