Mydin santuni golongan memerlukan

Iklan
Rina membuat gimik pelancaran lori Mydin Prihatin yang akan digunakan dalam program berkenaan.

SUBANG JAYA - Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) melancarkan Kempen Prihatin dan Girang Syawal Tiba 2021 sempena ketibaan bulan Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi.

Pelancaran kempen disempurnakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun dalam majlis yang berlangsung di Mydin USJ di sini pada Khamis.

Iklan
Iklan

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, menerusi kempen itu, pihaknya mengambil pendekatan untuk menyantuni golongan yang memerlukan dengan pelaksanaan siri jelajah ke beberapa buah negeri seluruh Malaysia.

Rina (kanan) dan Ameer (kiri) melihat senarai produk yang terlibat dalam kempen Mydin.

"Sepanjang Ramadan dan Syawal, Mydin akan menjelajah ke beberapa buah negeri menggunakan lori ‘Mydin Prihatin’ bagi menyalurkan sumbangan barangan makanan dan kelengkapan raya kepada golongan sasar.

Iklan

"Pemilihan ini melibatkan beberapa rumah kebajikan berdaftar, golongan asnaf dan penduduk miskin bandar untuk merasai pengalaman menyambut perayaan dengan lebih bermakna,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran kempen berkenaan.

Ameer berkata, Mydin turut menawarkan produk eksklusif seperti beras, seleksi kurma, kicap, minyak masak dan beberapa lagi dengan harga berpatutan khusus untuk golongan B40 sempena bulan Ramadan

Iklan
Rina (dua dari kanan) bersama Ameer (kanan) menyampai cenderahati kepada kepada pengeluar produk yang terlibat dengan kempen tersebut.

Menurut beliau, bagi memastikan golongan memerlukan mendapat bantuan secara konsisten pada setiap tahun, pihaknya juga melancarkan Food Bank Mydin Prihatin yang ditempatkan di 27 pasar raya mereka seluruh negara.

"Barangan-barangan ini akan dikumpulkan dan disalurkan ke rumah-rumah kebajikan berdaftar yang berbeza pada setiap bulan,” katanya.

Sebelum ini, Mydin turut melancarkan Kempen Beli Sambil Menderma bersama jenama-jenama pembekal’ antaranya ialah Activex, AFT Haniff, Ah Maheera, Ameera, Babas dan Cik Suri.

Kempen bermula sejak 1 Mac sehingga 1 Mei depan melibatkan barangan terpilih bagi jenama itu di mana sebanyak lima sehingga 50 sen akan disalurkan ke dana Mydin Prihatin.

Mydin juga menjalinkan kerjasama dengan MyDebit menerusi Kempen MyDebit dan Menang yang menawarkan hadiah berjumlah lebih RM200,000.

Rina (kanan) dan Ameer (kiri) membuat gimik pelancaran kempen ketika majlis yang berlangsung di Mydin USJ, Subang Jaya pada Khamis.