OPEC+ sepakat tingkatkan pengeluaran minyak untuk 3 bulan

Iklan
OPEC sepakat untuk meningkatkan pengeluaran minyak pada Mei, Jun dan Julai 2021. - Gambar hiasan 123RF

PERTUBUHAN Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan negara bukan OPEC, dikenali OPEC+, sepakat untuk meningkatkan pengeluaran minyak pada Mei, Jun dan Julai 2021.

Kesepakatan itu dicapai dalam mesyuarat secara maya pada Khamis, dipengerusikan bersama Menteri Tenaga Arab Saudi, Abdulaziz bin Salman dan Timbalan Perdana Menteri Rusia, Alexander Novak, lapor Agensi Berita Xinhua memetik kenyataan OPEC.

Iklan
Iklan

Keputusan dibuat berdasarkan peningkatan pasaran yang disokong program vaksinasi global dan pakej rangsangan ekonomi utama.

Mesyuarat berikutnya akan diadakan untuk menilai keadaan pasaran dan memutuskan penyesuaian pengeluaran, dengan setiap penyesuaian tidak melebihi 500,000 tong sehari (bpd).

Iklan

Pada April 2020 OPEC + bersetuju mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak 9.7 juta tong sehari ketika pandemik Covid-19 menggangu permintaan, dan kemudian memutuskan melanjutkan pengurangan tetapi dengan jumlah yang sedikit hingga akhir tahun lalu. - Bernama

Iklan