Lagi insiden ribuan ikan patin sangkar mati

Iklan
Sebahagian ikan patin yang mati di sangkar milik Mohammad Kamal di Kampung Bandar,Pulau Tawar di sini. Gambar kanan: Sebahagian ikan patin yang mati di sangkar tersebut selepas hujan beberapa hari tanpa henti.

JERANTUT - Seorang pengusaha ikan patin sangkar di Sungai Pahang di sini berputih mata selepas 6,000 ternakannya itu mati pada Ahad lalu.

Mohamad Kamal Bidin, 56, dari Kampung Bandar dekat Pulau Tawar berkata, ikan patin tersebut baru dua bulan dilepaskan di dalam sangkar tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kejadian itu berlaku selepas hujan beberapa hari tanpa henti menyebabkan air naik mengejut dan bertukar menjadi keruh.

"Saya terkilan kerana semua ikan mati dan tidak sempat untuk membesar dan dijual," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Mohamad Kamal juga memberitahu, dia juga tidak mengetahui punca sebenar ikan itu mati tetapi reda dengan ujian yang dihadapi itu.

Jelasnya, dia sudah beberapa kali berdepan insiden sama sejak mula mengusahakan sangkar tersebut selepas banjir besar pada 2014 lalu hingga kini.

Iklan

Bagaimanapun, pengusaha ikan itu mendakwa ternakan berkenaan mati akibat air sungai yang mengalir dari Cameron Highlands, Jelai dan Kuala Lipis.

Sebelum ini, kejadian sama juga berlaku di Kampung Lada, Jerantut selepas beberapa pengusaha ikan sangkar mengalami kerugian akibat ribuan ikan patin mereka mati.

ARTIKEL BERKAITAN: Punca ribuan ikan patin mati jadi tanda tanya

Apa punca ribuan ikan patin mati?

Perubahan cuaca antara faktor ikan mati