20 rumah hangus, 100 penduduk hilang tempat tinggal

Iklan
Tangkap layar video kebakaran yang dikongsi netizen di media sosial.

SEMPORNA - Dua puluh rumah atas air musnah dalam kebakaran di Lorong 5, Kampung Simunul, di sini pagi Jumaat menyebabkan kira-kira 100 penghuni hilang tempat tisEMPIRNAnggal.

Kejadian kira-kira 11 pagi itu dipercayai bermula dari sebuah rumah dan api merebak dengan cepat membabitkan keluasan 0.4 hektar berikutan kedudukan rumah yang rapat namun tiada kemalangan jiwa atau mangsa yang cedera dalam kejadian itu.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Fazizul Hizam Borhan berkata, 19 anggota bomba termasuk pasukan bantuan dari Kunak dan Balai Bomba Atas Air Semporna bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 11.13 pagi.

"Setiba di lokasi, pasukan bomba melakukan pemadaman dengan teknik offensive firefighting dan berjaya mengawal kebakaran itu sepenuhnya pada 1.11 tengah hari," katanya menerusi kenyataan di sini pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan Bahagian Penyiasatan Kebakaran Zon 5 BBP Tawau. - Bernama