Pengurus kedai ditahan disyaki cabul remaja

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

KOTA KINABALU - Seorang pengurus kedai runcit ditahan polis selepas disyaki mencabul seorang remaja dalam kejadian di sebuah premis di Sinsuran pada Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa berusia 15 tahun dikatakan sedang membuat kerja menyusun barang di stor kedai di tingkat satu, premis berkenaan.

Iklan
Iklan

Suspek yang juga warga India berusia 33 tahun itu dipercayai masuk ke stor berkenaan sebelum tiba-tiba menarik mangsa dan bertindak mencabul serta cuba merogol mangsa.

Bagaimanapun, mangsa yang meronta-ronta meminta tolong akhirnya berjaya melepaskan diri dan turun ke tingkat bawah untuk meneruskan kerjanya seperti biasa.

Iklan

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata, mangsa hanya membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada jam 10 malam hari yang sama selepas mengambil upahnya.

"Siasatan lanjut mendapati mangsa mula bekerja di kedai berkenaan pada 24 Mac lalu dengan mengaku sebagai remaja berusia 18 tahun.

Iklan

"Mangsa kemudian dirujuk ke Pakar Pediatrik, Hospital Likas untuk pemeriksaan fizikal," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

George berkata, susulan laporan itu, suspek berjaya ditahan dan direman untuk membantu siasatan selanjutnya.

"Siasatan diteruskan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan–kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017," katanya.