Maqis rampas ikan kap tanpa permit eksport ke Singapura

Iklan
Maqis Johor merampas ikan kap kepala besar tanpa permit eksport yang sah ke Singapura di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Iskandar Puteri pada Khamis.

ISKANDAR PUTERI - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor merampas ikan kap kepala besar tanpa permit eksport yang sah ke Singapura di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di sini pada Khamis.

Maqis dalam satu kenyataan memberitahu, menerusi pemeriksaan terhadap sebuah lori muatan ikan pada jam 6 pagi menemukan 3,200 kilogram ikan kap kepala besar berada dalam tong ikan.

Iklan
Iklan

"Pemeriksaan lanjut mendapati, ikan tersebut melebihi kuantiti yang telah diikrarkan dalam permit iaitu hanya 500 kilogram ikan kap kepala besar diikrarkan dalam permit.

"Pemandu lori lelaki tempatan berumur 52 tahun dilepaskan setelah memberi kerjasama dan diambil rakaman percakapan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Beliau berkata, semua barang dagangan tersebut dianggarkan bernilai RM40,500 dirampas manakala lebihan 2,700 kilogram ikan yang tiada permit tersebut ditahan untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, perbuatan mengeksport apa-apa jenis keluaran pertanian dengan memberikan maklumat palsu, tidak tepat atau mengelirukan semasa pemeriksaan adalah suatu kesalahan di bawah seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Iklan

Katanya, kesalahan itu boleh dihukum di bawah seksyen yang sama dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.