Setiausaha Organisasi DAP Selangor letak jawatan

Iklan
Bryan Lai Wai Chong

SHAH ALAM - DAP Selangor mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Setiausaha Organisasinya, Bryan Lai Wai Chong berkuat kuasa serta-merta pada Khamis.

Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo berkata, susulan itu, Mesyuarat Jawatankuasa DAP Selangor yang bersidang pada Jumaat telah meluluskan permohonan peletakan jawatan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai itu.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, mesyuarat berkenaan turut bersetuju bagj mengekalkan Wai Chong sebagai ahli biasa dan wakil rakyat DAP untuk DUN diwakilinya.

"Perkara ini juga akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Disiplin DAP Kebangsaan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Dalam pada itu, Gobind berkata, Jawatankuasa DAP Selangor turut melantik ADUN Banting, Lau Weng San bagi memangku jawatan tersebut berkuat kuasa hari yang sama.