Bomba tamatkan Op Bayu

Iklan
Operasi memadam kebakaran Gunung Baling sejak 6 Februari lalu ditamatkan petang tadi.

BALING - Op Bayu bagi memadam kebakaran sejak Gunung Baling terbakar pada 6 Februari lalu ditamatkan secara rasmi petang tadi.

Penolong Penguasa Bomba Ketua Balai Baling, Mohd Jamil Mat Daud berkata, Ops Bayu dijalankan selama 10 hari.

Iklan
Iklan

"Pada hari terakhir Ops Bayu diteruskan dengan gerakan rondaan pemantauan spot kebakaran oleh 65 petugas setiap agensi yang melapor diri di Pos Kawalan Bomba.

"Pemantauan dari udara juga dibuat menggunakan drone. Ops Bayu ditamatkan secara rasmi jam 5 petang," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Iklan

Beliau berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu.

"Balai Bomba dan Penyelamat Baling secara khususnya dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah secara amnya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Iklan

"Semua agensi daerah Baling seperti Majlis Daerah Baling, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Perhutanan negeri, Jabatan Alam Sekitar negeri, Penyelaras Parlimen Baling, Persatuan Malim Gunung Daerah Baling, NGO dan orang perseorangan memberikan kerjasama cukup baik dalam menjayakan operasi kali ini," katanya.

Menurutnya, tanggungjawab memadam kebakaran Gunung Baling adalah tanggungjawab semua dan wajar sama-sama menghadapinya.

"Pihak jabatan bomba sedaya upaya memainkan peranan yang telah dipertanggungjawabkan dengan mengerahkan segala kekuatan anggota dan aset jabatan untuk menjayakan operasi ini.

"Fahamilah, kebakaran menyebabkan banyak kerugian dan memusnahkan alam semula jadi," katanya.