Hijau Kuning jinakkan Tok Gajah di Darul Aman

Iklan
Baddrol puas menjaringkan dua gol buat KDA FC untuk atasi Sri Pahang FC 3-1 di Stadium Darul Aman pada Jumaat. - FOTO KDA FC
KEDAH Darul Aman (KDA) FC berjaya memanfaatkan kekurangan Sri Pahang FC yang beraksi 10 pemain apabila menang 3-1 pada aksi Liga Super 2021 di Stadium Darul Aman pada Jumaat.

Pada minit ke-16, pelawat terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Herold Goloun dilayangkan kad merah selepas menarik Tchetche Kipre di hadapan kotak penalti lawan dalam usaha penyerang Kedah itu mara ke kubu Sri Pahang Fc.

Kekurangan seorang pemain lawan dimanfaatkan oleh Hijau Kuning apabila mencorakkan serangan bertali arus ke kubu pasukan pelawat.

Iklan
Iklan

Usaha tersebut berhasil apabila ketua pasukan KDA FC, Baddrol Bakhtiar meledak gol pertama pada minit ke-36 meletakkan tuan rumah di hadapan 1-0 hasil hantaran Kipre yang terlebih dahulu menerima umpanan melalui Rabih Ataya.

Namun sikap tidak berputus asa ditunjukkan oleh skuad Tok Gajah menyaksikan mereka berjaya bangkit mengikat KDA FC 1-1 pada minit ke-41

Iklan

Hasil jaringan Muhammad Nur Izzat Che Awang yang menerima hantaran Nor Azam Abdul Azih melalui satu serangan pantas.

Tidak sampai seminit babak separuh masa kedua bermula, KDA FC dihadiahkan sepakan penalti selepas

Iklan

Kpah Sherman dijatuhkan dalam kotak penalti oleh pertahanan pelawat, Mohd Faisal Rosli

Penyerang sensasi Hijau Kuning itu meletakkan pasukannya kembali di hadapan 2-1 pada minit ke-46 selepas tenang menolak masuk sepakan penalti bagi menewaskan penjaga gol pelawat, Muhammad Zarif Irfan Hashimuddin.

Tuan rumah terus memberikan tekanan kepada pelawat apabila Baddrol menanduk masuk gol untuk kedudukan 3-1 hasil sepakan sudut yang disempurnakan oleh Faizat Ghazli pada minit ke-71.

Pada minit ke-89, pelawat berpeluang merapatkan kedudukan apabila dihadiahkan penalti namun sepakan penalti yang diambil Lee Tuck dapat ditampan dengan baik oleh penjaga gol KDA FC, Mohd Shahril Sa'ari dan keputusan 3-1 kekal hingga ke wisel penamat.