Penamaan calon PRK Semenyih esok

Iklan

SEMENYIH - Proses penamaan calon bagi PRK DUN Semenyih dijadual bermula pada 9 pagi esok.

Ia akan berlangsung di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang, Saujana Impian, Kajang.

Iklan
Iklan

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 13 kertas pencalonan setakat ini dibeli merangkumi tiga oleh PH, BN (lima) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) satu borang. Turut dijual empat lagi borang pencalonan untuk calon Bebas.

PH yang dalam misi mempertahan kerusi Semenyih menamakan jurutera muda, Muhammad Aiman Zainali, 30, sebagai calon manakala BN mempertaruhkan pemimpin tempatan, Zakaria Hanafi, 58.

Iklan

PSM pula menamakan Nik Aziz Afiq Abdul sebagai calon manakala Presiden Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia, Kuan Chee Heng, juga dikenali sebagai ‘Uncle Kentang’, turut menyatakan kesediaan bertanding.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang Datuk Mohd Sayuthi Bakar bertindak selaku Pegawai Pengurus PRK berkenaan yang dijadual berlangsung pada 2 Mac.

Iklan

Kerusi DUN Semenyih kosong berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, calon PH daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung.

Pada PRU14, Allahyarham Bakhtiar memperoleh 23,428 undi sekali gus mengetepikan Datuk Johan Abdul Aziz daripada BN, Mad Shahmidur Mat Kosim (Pas) dan S. Arutchelvan (PSM).- Bernama