Zahid akan kekal Presiden UMNO

Iklan
Ahmad Zahid bersama Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan ketika hadir pada Perasmian Persidangan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Ahad. Gambar kecil: Nazri Abdul Aziz

SHAH ALAM - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan kekal bertahan sebagai Presiden UMNO selama tiga tahun sehingga November tahun ini mengikut Perlembagaan parti itu.

Menurut bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, ini bermakna pemilihan parti tidak boleh dipercepatkan seperti yang didesak oleh sesetengah pihak.

Iklan
Iklan

"Tidak boleh segerakan pemilihan UMNO sebab mengikut Perlembagaan, tempoh Presiden pegang jawatan adalah tiga tahun dan Zahid telah dipilih pada November 2018.

"November tahun ini siapa mahu lawan Presiden, lawanlah. Kenapa nak percepatkan pula,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Iklan

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggesa Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO supaya mengadakan pemilihan parti sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi menyelesaikan kemelut dalaman yang melanda parti itu.

Langkah tersebut juga kata bekas Ketua Pemuda UMNO itu akan membolehkan UMNO menghadapi PRU15 dengan kepimpinan yang lebih jelas.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: KJ gesa segerakan pemilihan UMNO, selesai kemelut dalaman parti

Beberapa Ketua Pemuda UMNO bahagian juga menyatakan pendirian sama sambil mahu parti itu memberi peluang kepada muka baharu menerajui parti.

Mohamed Nazri turut mendakwa individu yang mendesak untuk segerakan pemilihan parti mempunyai agenda peribadi.

"Kalau desak nak dipercepatkan, orang yang minta itu ada agenda peribadi. Kita perlu jaga Perlembagaan parti.

"Kalau PRU diadakan, biarlah. Nak buat macam mana? Saya tidak setuju kalau kita tidak menghormati Perlembagaan,” katanya.