Pakar paleontologi dilantik kaji kerosakan fosil Gua Matsoorat

Iklan
Rumaizi (kanan) melakukan gimik perasmian dengan penanaman pokok Merbau sempena Majlis Penanaman Pokok sempena Program Perak Bumi Lestari di Taman Dr Seenivasagam, Ipoh pada Sabtu.

IPOH - Pakar Paleontologi dilantik bagi menilai kerosakan sebenar yang berlaku pada fosil berusia jutaan tahun dan bahagian dinding di Gua Matsoorat di sini.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, laporan kajian daripada pakar itu diperlukan sebelum tindakan lanjut termasuk tuntutan jumlah kerugian dibuat terhadap syarikat produksi yang terlibat.

Iklan
Iklan

"Barisan pakar ini telah pun dilantik dan mereka pun sudah datang ke gua itu tiga hari sudah untuk melakukan pemeriksaan serta kajian. Saya difahamkan laporan itu mungkin mengambil masa sebulan.

"Jadi untuk peringkat ini, kita menunggu laporan daripada mereka, apabila siap nanti baru boleh buat tuntutan dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penanaman Pokok sempena Program Perak Bumi Lestari di Taman Dr Seenivasagam di sini pada Sabtu.

Iklan

Khamis lalu, kerajaan Perak memaklumkan akan mengambil tindakan tegas serta meminta ganti rugi daripada syarikat produksi drama yang menjalankan penggambaran di Gua Matsoorat di sini sehingga berlaku kerosakan pada fosil berusia jutaan tahun dan bahagian dinding di gua berkenaan.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, terdapat bukti bahawa kru syarikat produksi berkenaan telah melakukan kerosakan.

Iklan

Mengulas lanjut, Rumaizi berkata, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah mengambil langkah proaktif dengan memperketatkan kawalan dan pemantauan di kawasan gua itu.

Katanya, tambahan terhadap operator dan pengawal keselamatan telah dilakukan bagi meningkatkan sistem kawalan.

"Tindakan tegas itu sudah tentu tetapi dalam masa sama MBI juga akan perketatkan kawalan agar kejadian sama tidak berulang," katanya.

Program penanaman pokok di Taman DR Seenivasagam ini merupakan program kerjasama antara MBI bersama Jabatan Landskap Negara (JLN), Universiti Putra Malaysia (UPM), Institute of Landscape architects Malaysia (ILAM) untuk menghasilkan laporan Rewilding Ipoh-the landscape architecture perspective.

Cadangan dan dapatan kajian dalam laporan itu nanti digunakan bagi membantu MBI dalam mencapai matlamat Low Carbon City.