Ikea buka outlet di utara 14 Mac ini

Iklan
Foto sumber internet

IKEA, jenama perabot Sweden akan membuka outlet pertamanya di utara Semenanjung di Batu Kawan, Pulau Pinang pada 14 Mac ini.

Pengurus Gedung Ikea Malaysia, Arumugam Pathmalingam berkata, outlet baharu iaitu yang keempat di Malaysia itu berkeluasan 43,600 meter persegi ruang runcit dengan lebih 8,000 produk.

Iklan
Iklan

"Gedung ini juga akan mempunyai 49 bilik pameran, ruang jualan, restoran dan kedai roti.

"Kami menjangka ia akan menarik lebih 50,000 pengunjung seminggu apabila dibuka kelak” katanya pada majlis pembinaan peringkat akhir dan kiraan detik perasmian gedung itu di sini hari ini.

Iklan

Arumugam berkata menjelang pembukaan besar-besarannya, warga Pulau Pinang sudah mula teruja dengan produk Ikea sehingga sanggup ke Kuala Lumpur untuk membuat pembelian.

"Malah mereka boleh menikmati lebih banyak penjimatan menerusi pembelian dalam talian berbanding berbelanja secara konvensional yang perlu membayar kos pengangkutan tinggi,” katanya. - Bernama

Iklan